Skip to main content

Tiap² Bulan Suami Bagi RM200 Untuk Maknya Tapi Minta Tambah Lagi RM200. Apa Yang Mak Buat Dgn Duit Tu MENGEJUTKAN !!!

Ni kisah Mak mertuaku terhebat.

Dari mula kawin kami tinggal di kl. Suami saya seorang askar. Tinggal di quaters. Duit untuk mak dia memang dah siap potong dari gaji begitu juga potongan untuk isteri. Sebab bila mereka operasi, tiada masalah nafkah mak dan isteri terabai. Citanya sejak kawin walaupun rm200 suami potong dari gaji automatik untuk mak dia..mak dia akan mintak lagi rm200 pada 25 hb( hari kebiasaan gaji) cuma bonus memang dia tak mintak. 

Saya suri rumah. Jaga ank sendiri sejak berhenti kerja. Tiap 25 dia akan call saya ataupun suami nak tunggu bank inn rm200 tu masuk kalau tak dia tak nak balik dari bandar. Memang awalnya saya geram. Yelah kadang tak sempat nak keluar 25 hb. Sejak ada cimb click..makin tak ada alasan lah nak bank in. 

Suami diam je bila saya cakap kan dah buat potongan rm200 kenapa minta lagi rm200. Suami cakap" lihat rezeki kita. Tak pernah beras habis sebelum gaji. Makan ayam sampai muak tak tau nak makan apa. 

Jangan mengeluh." saya diam sebab memang betol. Potongan saya pun saya pakai makan ke holiday ke dengan suami dan anak. Gaji dia untuk bayar kereta..lauk dan belanja kerja. Kelengkapan anak sentiasa cukup.( bil api air masuk slip gaji bayar). Anak kami dua orang semakin besar. Umur perkahwinan dah masuk 12 tahun. 

Tahun lepas kami balik sarawak. Mak ajak jalan. Saya dah pakai bedak baju lawa minyak wangi. Sekali dia drive sampai hutan. Dia bagi surat. " nah ini dia harta korang." tengok nama kedua anak kami dalam surat tanah tu. Besar luas tanah tu. "Duit dari mana mak beli tanah ni?" suami tanya. " la.. Tiap bulan mak mintak..rm200 kamu bagi rm400. ( rupanya dia tak tau ada rm200 tu potongan automatik). 

Mak dah kumpul kat asb. Sebab nya mak tau lepas kawin anak aku tak pandai menyimpan. Kalau dia bagi isteri dia simpan. Akan ada syaitan hasut suruh ambik. Ada je kesusahan datang dah ambik simpanan. Kalau mak mintak dan simpan. Syaitan pun takut nak mintak." saya terkedu. Terasa ada dosa sebab ada perasaan sedikit menyampah masa bank in suatu ketika dulu. 

Suami tanya lagi. Kenapa tak letak nama saya ke nama isteri dalam geran?" tau mak mertua jawab apa." andainya kamu mati. Ni la harta anak kamu. Adik beradik suku sakat bau bacang semua tak boleh usik. Mak dah tua. Tak tau bila masa boleh mati. Ikutnya adik beradik tamak. Bini kamu dapat apa? Akan di tuntut hak konon. 

Masa tu kami diam je tak tau kata apa. Sekali dia cakap. " mulai bulan depan. Mak nak up lagi seratus. Mak nak tanah ni di jadikan ladang sawit. Tak lama lagi kamu pencen. Mak nak anak mak ada masa depan. 

Orang pencen biasanya terbuta dengan duit. Bila nama tanah ni nama anak kamu maka korang akan berfikir 10 kali andai nak bercerai. Mak tambah dengan sawit nanti lagi la tak buta warna nak buat kesalahan. " lagi kami terdiam. Jauh betol pemikiran mak. Terharu sebab dalam diam di usaha untuk bahagiakan kami laki bini. 

Selama ini sesen duit anak dia, dia tak sentuh. Sebab bapak mertua bagi secukupnya duit untuk mak. Mampukah aku kelak jadi mak mertua sehebat dia. Tak pernah bising walau menantu bangun kol 8. Sebab dia kata. Biarlah dia tido puas. Kat kl dia dah bangun awal urus anak dia nak turun kerja..cucu nak ke sekolah. 

Orang kata pelajaran di rumah bermulanya kehidupan. Betol. Sebab masa saya pantang atau demam. Segala hal di rumah di uruskan suami lagi baik dari saya. Masak punyalah sedap sebab menipu la kalau askar tak reti masak. Ingat kat hutan ada orang nak masak? 

Sapu mop memang bersih. Kat kem pun bukan tak buat. Sampai rumah co pun depa bersihkan tau. Semoga kita dapat menjadi mertua yang baik seperti beliau kelak. Aku dan kamu bakal jdi mertua. Bersamalah kita mencorakkan hidup memakai pangkat kelak.
loading...

Comments

Popular posts from this blog

Suami Isteri Wajib Baca!! 5 Hak Isteri Terhadap Duit Suami Yang Perlu Di Penuhi Oleh Lelaki Yang Bergelar Suami

Ramai dikalangan para isteri rasa terinaya dengan sikap suami mereka yang tidak memahami bahawa isteri juga mempunyai hak yang perlu ditunaikan oleh seorang suami kepada isterinya. Ikatan perkahwinan adalah merupakan simpulan tanggungjawab dan amanah besar yang perlu dipikul oleh kedua-dua pasangan, suami dan isteri. Tanggungjawab suami adalah lebih berat daripada tanggungjawab isteri, meskipun ramai yang menganggap isteri lebih banyak beban berbanding suami.  Namun begitu, hakikatnya di alam akhirat nanti suami mempunyai bebanan yang lebih berat lagi untuk dilaksanakan, yang akan disoal oleh Allah SWT. Suami akan dipertanggungjawabkan atas segala yang berlaku ke atas isteri dan keluarganya. Dalam institusi rumahtangga, setiap pasangan suami isteri perlu menyedari bahawa masing-masing mempunyai hak tersendiri. Dalam Islam setiap suami wajib melayani isterinya dengan baik dan setiap isteri juga wajib taat dan melayani suami dengan sebaiknya. Islam adalah agama yang sem...

Masalah Sakit Lutut Dan Sendi? Minum Air Ni Je Sakit Terus Hilang

Sakit lutut membuatkan kita sukar untuk bergerak secara agresif.  Nak duduk pun sakit apatah lagi nak berjalan dalam tempoh yang lama kan. Sebenarnya banyak cara-cara atau kaedah yang boleh dilakukan untuk menghapuskan sakit lutut dan sendi ni. Salah satu cara yang mungkin korang tak tahu adalah dengan minum minuman ini. Jom tengok kat bawah ni: Bahan-bahan: 1 cawan (250ml) air 1 cawan oatmeal segera 2 cawan nenas ketulan 1 cawan jus oren semulajadi mentah Badam 4 oz. (40g) yang dihancurkan Madu mentah 5 oz. (40g) g 7 kulit kayu manis Arahan: – Masak oat – Masukkan oat dimasak dalam pengisar yang – Memerah jus dari nenas dalam mesin pengisar – Menambah jus oren, crushed badam, madu mentah – Sebati segala-galanya – Tambah kiub ais (pilihan) Dalam masa 2 minggu, insyaallah masalah sakit lutut dan sendi korang akan hilang.. Selamat mencuba.. Kredit: THR Gegar loading...

Menakjubkan! Jika Anda Mengalami Masalah Bisul Atau Luka Cuba Petua Ini Memang Berkesan!

BISUL adalah masalah jangkitan biasa dialami setiap orang sama ada kanak-kanak atau orang dewasa. Jangkitan bermula apabila bakteria atau parasit pada kulit merebak ke lapisan dalaman kulit menyebabkan ia kemerahan, bengkak, berisi nanah dan menyakitkan. Jenis bakteria paling biasa menyebabkan bisul pada kulit dikenali sebagai Staphylococcus Aerues. Individu tertentu boleh mengalami masalah bisul atau jangkitan begini akibat diabetes, amino yang terjejas, HIV, tercedera serta imuniti yang rendah terutama pada kanak-kanak dan warga tua. Pakar Perunding Pembedahan Ortopedik, Pusat Perubatan Prince Court, Dr Yong Chee Khuen, berkata biasanya bisul berlaku disebabkan kecederaan atau kemalangan yang tidak dirawat sempurna dengan kadar segera hingga menyebabkan terbentuknya ulser atau keradangan dalam kulit sehingga dijangkiti bakteria. "Perlu diingat, bisul pada kebanyakan bahagian tubuh agak sukar untuk sembuh dengan sendirinya. Kerana itu, sekiranya tanda awal bis...