Skip to main content

Wanita Ini Mendengar Degupan Jantung Anaknya Yang Didermakan Kepada Seorang Kanak-Kanak. SEBAK !!!

Wanita Ini Mendengar Degupan Jantung Anaknya Yg Didermakan Kepada Seorang Kanak². SEBAK !!! | Pada tahun 2013, Lukas Clark telah dikejarkan ke hospital setelah didera oleh teman lelaki ibunya, Heather Clark.

Pihak doktor telah memberitahu bahawa anaknya itu tidak mampu diselamatkan lagi. Heather kemudian membuat keputusan berani untuk mendermakan organ anak lelakinya yang berusia 7 bulan itu.
Walaupun Lukas kini sudah tiada selama hampir empat tahun, degupan jantungnya masih kuat. Ini kerana, seorang kanak-kanak perempuan bernama Jordan Drake telah mendapat jantungnya menerusi pembedahan transplan jantung.
Jordan yang dilahirkan dengan penyakit jantung sejak lahir telah diberitahu oleh pihak doktor dia memerlukan rawatan segera. Seperti telah ditakdirkan, Jordan sedang menjalani rawatan di hospital yang sama apabila Lukas disegerakan untuk rawatan kecemasan.
Menurut ibu Jordan, Esther Gonzalez, dia rasa sangat bersyukur anaknya itu mendapat peluang kedua untuk hidup. Namun, dia tahu, dalam kegembiraannya itu, ada seorang ibu yang berada dalam kesedihan.
Selepas pembedahan transplan jantung itu berjaya pada tahun 2013, Esther telah meninggalkan mesej kepada Heather menerusi laman Facebook. Malangnya, mesej itu tidak disedari oleh Esther selama hampir dua tahun.
Selepas dua tahun barulah Heather menyedari kewujudan mesej itu. Mereka berdua telah berhubung dan membuat keputusan untuk berjumpa di Phoenix Children Hospital. Heather yang menetap di California, telah membuat perjalanan sejauh 5 setengah jam untuk menemui keluarga itu.
Menurut Clark, dia rasa lebih teruja daripada gementar. Namun, ianya rasa seperti jumpa ahli keluarga sendiri sahaja. Apabila dia dan Jordan bertemu, mereka terus saling berpelukan.
Heather telah diberikan stetoskop untuk mendengar degupan jantung Jordan.
Esther berbisik kepada Heather, mengatakan degupan jantung yang didengari olehnya itu ialah degupan jantung milik Lukas.
Heather menitiskan air mata dan mengatakan dia dapat merasakan anaknya itu seperti di situ. Dia meneruskan kehidupan menerusi kanak-kanak perempuan ini.
Heather mengatakan perasaannya yang bercampur baur. Dia rasa sangat gembira, sedih, bangga dan sebagainya.
Ini semua tidak mungkin akan terjadi sekiranya hati seorang ibu yang sangat cekal dan berani untuk mendermakan organ anaknya kepada orang lain. Menerusi keputusan itu, orang lain dapat menerima peluang kedua untuk terus hidup.

Menurut Esther lagi, mereka ibarat keluarga sekarang. Menerusi perkara ini, mereka mempunyai ikatan yang tidak akan pernah putus.
loading...

Comments

Popular posts from this blog

Suami Isteri Wajib Baca!! 5 Hak Isteri Terhadap Duit Suami Yang Perlu Di Penuhi Oleh Lelaki Yang Bergelar Suami

Ramai dikalangan para isteri rasa terinaya dengan sikap suami mereka yang tidak memahami bahawa isteri juga mempunyai hak yang perlu ditunaikan oleh seorang suami kepada isterinya. Ikatan perkahwinan adalah merupakan simpulan tanggungjawab dan amanah besar yang perlu dipikul oleh kedua-dua pasangan, suami dan isteri. Tanggungjawab suami adalah lebih berat daripada tanggungjawab isteri, meskipun ramai yang menganggap isteri lebih banyak beban berbanding suami.  Namun begitu, hakikatnya di alam akhirat nanti suami mempunyai bebanan yang lebih berat lagi untuk dilaksanakan, yang akan disoal oleh Allah SWT. Suami akan dipertanggungjawabkan atas segala yang berlaku ke atas isteri dan keluarganya. Dalam institusi rumahtangga, setiap pasangan suami isteri perlu menyedari bahawa masing-masing mempunyai hak tersendiri. Dalam Islam setiap suami wajib melayani isterinya dengan baik dan setiap isteri juga wajib taat dan melayani suami dengan sebaiknya. Islam adalah agama yang sem...

Masalah Sakit Lutut Dan Sendi? Minum Air Ni Je Sakit Terus Hilang

Sakit lutut membuatkan kita sukar untuk bergerak secara agresif.  Nak duduk pun sakit apatah lagi nak berjalan dalam tempoh yang lama kan. Sebenarnya banyak cara-cara atau kaedah yang boleh dilakukan untuk menghapuskan sakit lutut dan sendi ni. Salah satu cara yang mungkin korang tak tahu adalah dengan minum minuman ini. Jom tengok kat bawah ni: Bahan-bahan: 1 cawan (250ml) air 1 cawan oatmeal segera 2 cawan nenas ketulan 1 cawan jus oren semulajadi mentah Badam 4 oz. (40g) yang dihancurkan Madu mentah 5 oz. (40g) g 7 kulit kayu manis Arahan: – Masak oat – Masukkan oat dimasak dalam pengisar yang – Memerah jus dari nenas dalam mesin pengisar – Menambah jus oren, crushed badam, madu mentah – Sebati segala-galanya – Tambah kiub ais (pilihan) Dalam masa 2 minggu, insyaallah masalah sakit lutut dan sendi korang akan hilang.. Selamat mencuba.. Kredit: THR Gegar loading...

Menakjubkan! Jika Anda Mengalami Masalah Bisul Atau Luka Cuba Petua Ini Memang Berkesan!

BISUL adalah masalah jangkitan biasa dialami setiap orang sama ada kanak-kanak atau orang dewasa. Jangkitan bermula apabila bakteria atau parasit pada kulit merebak ke lapisan dalaman kulit menyebabkan ia kemerahan, bengkak, berisi nanah dan menyakitkan. Jenis bakteria paling biasa menyebabkan bisul pada kulit dikenali sebagai Staphylococcus Aerues. Individu tertentu boleh mengalami masalah bisul atau jangkitan begini akibat diabetes, amino yang terjejas, HIV, tercedera serta imuniti yang rendah terutama pada kanak-kanak dan warga tua. Pakar Perunding Pembedahan Ortopedik, Pusat Perubatan Prince Court, Dr Yong Chee Khuen, berkata biasanya bisul berlaku disebabkan kecederaan atau kemalangan yang tidak dirawat sempurna dengan kadar segera hingga menyebabkan terbentuknya ulser atau keradangan dalam kulit sehingga dijangkiti bakteria. "Perlu diingat, bisul pada kebanyakan bahagian tubuh agak sukar untuk sembuh dengan sendirinya. Kerana itu, sekiranya tanda awal bis...