Setelah kita berpenat lelah di dunia, kita akan kembali ke kampung akhirat dimana segala hal keduniaan kita akan di hisab. Kita mungkin banyak berbuat baik namun sayangnya jika kita tertinggal sifat keikhlasan. Sesungguhnya ramai yang rugi sehingga Allah berpaling dari kita hanya kerana berbuat baik tetapi tidak ikhlas. Melihat Allah di hari akhirat adalah nikmat terbesar buat seorang hamba. Allah Taala berfirman maksudnya, "..pada hari akhirat itu, muka (orang-orang yang beriman) berseri-seri; melihat kepada Tuhan-Nya.." Al-Qiyamah: 22-23 Bertuahlah mereka yang mendapat peluang ini. Bagaimanapun, berdasarkan beberapa hadis, kita dapat pula mengetahui golongan yang dihalang daripada menatap wajah Allah. 1. Penderhaka Kepada Ibu Bapa Sesiapa yang menderhaka tidak akan dipandang oleh Allah pada hari akhirat kelak. Sabda Rasulullah SAW, "Tiga golongan yang Allah tidak memandang wajah mereka pada hari kiamat kelak iaitu mereka yang menderhaka kepada kedu...
Rakan Sebaran Informasi Terkini