Skip to main content

7 Cara Ajar Pasangan Menguruskan Duit Walaupun Gaji Bulanan Tak Besar

Sudah berumahtangga? Tahniah kami ucapkan. Ada masalah pasangan seperti tak berapa nak ambil kisah pasal masa depan dan keluarga? Buat korang yang baru mendirikan rumah tangga, hadamkan artikel ini yang diolah dari perkongsian saudara Amir Syahir. Tidak kira pasangan kita bekerja di sektor swasta atau sektor kerajaan.

Tuhan menemukan seseorang untuk melengkapkan kita. Jika pasangan kita gila modified kereta, pasangan dia mesti seorang yang bijak menguruskan kewangan. Jika pasangan kita gila beli baju online, baju dua almari tetapi masih mengadu kata takde baju nak pakai, pasangan dia mesti power kawal kewangan.

Jadi, apa yang kita boleh buat untuk ajar dan beri kesedaran kepada pasangan kita tentang pengurusan kewangan?

1. Ajar Cipta Matlamat Kewangan

Pengurusan kewangan yang baik membabitkan matlamat kewangan jangka pendek, sederhana dan panjang.

Untuk permulaan, bina matlamat paling senang nak capai. Contohnya matlamat nak simpan RM600 dalam sebulan. Jadi, istiqamah simpan RM20 setiap hari. Bila dah capai, ini akan menyuntik rasa semangat untuk menyimpan lebih banyak lagi.


2. Ajar Simpan Sebelum Berbelanja

Ajar si dia untuk simpan sebelum berbelanja. Contohnya gaji RM2000. Simpan siap-siap RM200. Kalau rasa berat, cuba simpan RM100 sebulan.

Jika belanja semua pendapatan terlebih dulu dan lebih baru nak simpan, itu boleh mencipta masalah kewangan yang kronik pada masa akan datang.

Ajar dia gunakan formula ini:

Pendapatan – Simpanan = Belanja.

3. Ajar Supaya Tangguhkan Kehendak

Jika si dia menggelupur nak iPhone, cepat-cepat azan dekat telinga kanan dia. Ingatkan yang dia tu masih ada PTPTN tertunggak. Ajar dia supaya ada tabiat delay gratification iaitu menangguhkan kepuasan. Tengok dalam dompet, ada duit. “Eh, boleh belanja lagi ni”. Biarlah duit kita ada lebihan 5-6 ratus sekalipun, jangan ajar diri belanja untuk habiskannya. Tangguhkan seketika. Simpan duit untuk benda yang lebih memerlukan. 

4. Ajar Supaya Berbelanja Dengan Bijak

Ajar dia buat bajet belanjawan bulanan. Catat segala perbelanjaan. Berbelanja dengan bijak ni boleh dibuat dengan
  • Membandingkan harga. Boleh cuba apps SmartShopper.
  • Beli masa promosi atau dengan harga borong.
  • Buat senarai barang yang nak dibeli, tak perlu nak ulang-alik dua tiga kali ke pasar raya atau terbeli benda yang tiada dalam senarai.


5. Ajar Tentang Keperluan vs Kehendak

Keperluan adalah asas untuk hidup iaitu untuk makan, minum, pakaian, tempat tinggal, pendidikan dan kesihatan.

Kehendak pula kalau tak ada pun boleh hidup. Contohnya nak pakai kereta mewah, telefon mahal, travel luar negara ataupun lepak minum Setarbucks. Ramai pasangan masih tidak dapat bezakan antara keperluan dengan kehendak.

6. Ajar Tentang Risiko Kewangan

Risiko kewangan adalah sesuatu yang tidak dapat dihapuskan sepenuhnya. Bagi kesedaran tentang kepentingan takaful dan risiko pelaburan. Tentang bahaya tunggakan hutang kad kredit.

Ajar dia untuk mengenali penipuan skim cepat kaya dan MLM tidak berlesen. Terangkan tentang CCRIS. Terangkan kalau tak bayar hutang apa akibatnya. Apa itu muflis dan kesan muflis.

7. Ajar Tentang Pelaburan Yang Bijak

Ajar dia tentang pelaburan yang rendah risiko seperti melabur di ASB disebabkan unit berharga tetap RM1. Jadi, tidak akan rugi. Menyimpan di Tabung Haji juga boleh. Dalam Akta Tabung Haji, dinyatakan dengan jelas bahawa konsep simpanan dalam akaun Tabung Haji adalah berdasarkan konsep Wadi’ah Yad Dhamanah (simpanan berasaskan jaminan)

Kalau nak berjaya, sentiasa “laparkan diri” dan terus-menerus memburu ilmu yang bermanfaat. Sebab dengan ilmu, baru kita boleh pendekkan masa untuk mencapai kejayaan dan kekayaan.

Kalau ada seminar, pergi sama-sama. Ajak dia sekali. Sebab tak semua rajin nak baca buku-buku tentang pengurusan kewangan. Benda yang dtulis ni pun merungut kata panjang. Jadi lebih baik belajar terus dari kepakaran orang lain.

Kalau anda rasa perkongsian ilmu kali ini cukup bermanfaat, rajin-rajinlah follow FB Amir Syahir.
loading...

Comments

Popular posts from this blog

Betul Ke Air Cap Badak Berkesan Menyejukkan Badan? Ramai Nak Tahu Kandungannya

Tiada kajian saintifik yang diterbitkan kepada umum berkenaan dengan keberkesanan air Cap Badak. Ia dijual meluas di kedai-kedai runcit sebagai ubat herba tradisional Cina yang berkesan untuk menyejukkan badan. Air Cap Badak berbeza dengan air mineral biasa kerana ia mengandungi herba tradisional yang tertentu untuk melegakan kepanasan. Air Cap Badak bukanlah berasal daripada Badak Sumbu dan tiada langsung kaitan dengan haiwan tersebut tetapi hanyalah sebuah jenama produk. Berada di pasaran sejak tahun 30-an, Air Cap Badak mempunyai pelbagai jenama berdaftar tetapi masih lagi mengekalkan gambar badak pada bungkusan seperti Cap kaki Tiga, Cap Tiga Senapang, Cap Tiga Daun, CoolRhino0₂ dan macam-macam lagi.  Namun demikian, kesemua produk penyejuk badan ini mempunyai persamaan dari segi ubatan yang terkandung di dalamnya iaitu Gypsum Fibrosum dan Calcitum. Ada juga produk mengandungi Gypsum Fibrosum dan Galcareous Spar. Apa kelebihan ubatan tradisional tersebut? ...

Suami Isteri Wajib Baca!! 5 Hak Isteri Terhadap Duit Suami Yang Perlu Di Penuhi Oleh Lelaki Yang Bergelar Suami

Ramai dikalangan para isteri rasa terinaya dengan sikap suami mereka yang tidak memahami bahawa isteri juga mempunyai hak yang perlu ditunaikan oleh seorang suami kepada isterinya. Ikatan perkahwinan adalah merupakan simpulan tanggungjawab dan amanah besar yang perlu dipikul oleh kedua-dua pasangan, suami dan isteri. Tanggungjawab suami adalah lebih berat daripada tanggungjawab isteri, meskipun ramai yang menganggap isteri lebih banyak beban berbanding suami.  Namun begitu, hakikatnya di alam akhirat nanti suami mempunyai bebanan yang lebih berat lagi untuk dilaksanakan, yang akan disoal oleh Allah SWT. Suami akan dipertanggungjawabkan atas segala yang berlaku ke atas isteri dan keluarganya. Dalam institusi rumahtangga, setiap pasangan suami isteri perlu menyedari bahawa masing-masing mempunyai hak tersendiri. Dalam Islam setiap suami wajib melayani isterinya dengan baik dan setiap isteri juga wajib taat dan melayani suami dengan sebaiknya. Islam adalah agama yang sem...

Ketahui 10 Kebaikan Beras Perang Yang Boleh Diamalkan Bukan Untuk Orang Sakit Je..

Beras perang merupakan jenis beras yang kurang diproses dan memiliki nutrisi yang tinggi. Dengan menggantikan beras perang daripada beras biasa, ia mampu memberi manfaat kepada kesihatan dari pelbagai segi. Ia menjadi makanan ruji yang amat baik dan sumber karbohidrat yang sihat kerana mengandungi nutrien yang baik seperti vitamin B, fosforus, selenium, potasium dan magnesium.  Semak 10 kebaikan yang dimiliki beras perang: Mengurangkan risiko kanser kolon Beras perang mengandungi kadar selenium yang tinggi, dan juga terdapat fenol yang dijumpai di dalamnya sekali gus mengaitkan fungsi beras perang dalam mengurangkan risiko kanser kolon. Tahap fenol dalam beras perang ternyata lebih tinggi dalam berbanding beras biasa. Manakala, kandungan serat yang tinggi mendorong kepada kolon dan sistem penghadaman yang sihat. Mencegah sakit jantung Pengambilan beras perang yang tinggi dalam diet dapat membantu dalam mencegah penyakit kardiovaskular. Ini kerana ia men...