Skip to main content

Inilah Luahan SAYU Ibu Kepada Arwah Pelajar UPNM Yg VIRAL Di Dera. SEBAK !!!

PETALING JAYA: Ibu kepada penuntut Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM), Zulfarhan Osman Zulkarnain yang meninggal dunia Khamis lalu, terkejut dengan alasan anaknya didera kerana dipercayai mencuri komputer riba.
Hawa Osman, 54, yang dipetik Sinar Harian yakin anak sulungnya tidak mencuri kerana beliau mempunyai komputer riba sendiri, sebaliknya banyak barang miliknya yang hilang.

Sehubungan itu, beliau berharap pihak berkuasa akan menjalankan siasatan menyeluruh bagi membersihkan nama Zulfarhan.
“Baru-baru ini, telefon bimbit dia hilang ketika dia menjalani latihan berbasikal dan terpaksa menghubungi kami menggunakan telefon rakannya. Sebelum ini juga dia pernah kehilangan tab.
“Guru dan rakan-rakan sekolah juga tidak percaya dia dituduh mencuri, saya yakin dia tidak bersalah dan berharap siasatan menyeluruh dijalankan untuk membersihkan namanya,” katanya kepada akhbar itu.
Semalam, sumber yang dipetik The Star mendakwa pegawai kadet laut berusia 21 tahun itu diikat dan dipukul selama 2 hari dengan seutas tali pinggang, paip getah, batang besi dan penyangkut baju oleh rakan universitinya pada 20 dan 21 Mei lalu, disebabkan pergaduhan mengenai sebuah komputer riba.
Penuntut tahun ke-3 jurusan kejuruteraan elektrik itu meninggal dunia kira-kira 2 jam selepas beliau dikejarkan ke Hospital Serdang dengan 80% kesan lebam dan melecur di badannya, sekitar jam 8 malam Khamis lalu.
Mengulas lanjut, Hawa yang dipetik Sinar Harian reda dengan kematian anaknya, tetapi terkilan dengan cara “pemergiannya”.
“Dia terseksa, hampir keseluruhan badan dipenuhi kesan melecur daripada seterika wap, termasuk di dada dan belakang badan.
“Selalu saya baca berita anak orang didera, tetapi kali ini anak saya. Saya tidak boleh terima cara dia pergi.”
Polis mengesahkan kes itu disiasat di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.
Seramai 32 penuntut UPNM dan 4 lagi dari Universiti Tenaga Nasional (Uniten) direman 7 hari sehingga Khamis depan.
Sumber : FMT
loading...

Comments

  1. youtube: youtube.com/tandc: How the kids and the world - Videodl
    youtube: youtube.com/tandc: How the kids and the world have got the new youtube mp3 game that will introduce Watch the movie with your friends, family,

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Betul Ke Air Cap Badak Berkesan Menyejukkan Badan? Ramai Nak Tahu Kandungannya

Tiada kajian saintifik yang diterbitkan kepada umum berkenaan dengan keberkesanan air Cap Badak. Ia dijual meluas di kedai-kedai runcit sebagai ubat herba tradisional Cina yang berkesan untuk menyejukkan badan. Air Cap Badak berbeza dengan air mineral biasa kerana ia mengandungi herba tradisional yang tertentu untuk melegakan kepanasan. Air Cap Badak bukanlah berasal daripada Badak Sumbu dan tiada langsung kaitan dengan haiwan tersebut tetapi hanyalah sebuah jenama produk. Berada di pasaran sejak tahun 30-an, Air Cap Badak mempunyai pelbagai jenama berdaftar tetapi masih lagi mengekalkan gambar badak pada bungkusan seperti Cap kaki Tiga, Cap Tiga Senapang, Cap Tiga Daun, CoolRhino0₂ dan macam-macam lagi.  Namun demikian, kesemua produk penyejuk badan ini mempunyai persamaan dari segi ubatan yang terkandung di dalamnya iaitu Gypsum Fibrosum dan Calcitum. Ada juga produk mengandungi Gypsum Fibrosum dan Galcareous Spar. Apa kelebihan ubatan tradisional tersebut? ...

Suami Isteri Wajib Baca!! 5 Hak Isteri Terhadap Duit Suami Yang Perlu Di Penuhi Oleh Lelaki Yang Bergelar Suami

Ramai dikalangan para isteri rasa terinaya dengan sikap suami mereka yang tidak memahami bahawa isteri juga mempunyai hak yang perlu ditunaikan oleh seorang suami kepada isterinya. Ikatan perkahwinan adalah merupakan simpulan tanggungjawab dan amanah besar yang perlu dipikul oleh kedua-dua pasangan, suami dan isteri. Tanggungjawab suami adalah lebih berat daripada tanggungjawab isteri, meskipun ramai yang menganggap isteri lebih banyak beban berbanding suami.  Namun begitu, hakikatnya di alam akhirat nanti suami mempunyai bebanan yang lebih berat lagi untuk dilaksanakan, yang akan disoal oleh Allah SWT. Suami akan dipertanggungjawabkan atas segala yang berlaku ke atas isteri dan keluarganya. Dalam institusi rumahtangga, setiap pasangan suami isteri perlu menyedari bahawa masing-masing mempunyai hak tersendiri. Dalam Islam setiap suami wajib melayani isterinya dengan baik dan setiap isteri juga wajib taat dan melayani suami dengan sebaiknya. Islam adalah agama yang sem...

Ketahui 10 Kebaikan Beras Perang Yang Boleh Diamalkan Bukan Untuk Orang Sakit Je..

Beras perang merupakan jenis beras yang kurang diproses dan memiliki nutrisi yang tinggi. Dengan menggantikan beras perang daripada beras biasa, ia mampu memberi manfaat kepada kesihatan dari pelbagai segi. Ia menjadi makanan ruji yang amat baik dan sumber karbohidrat yang sihat kerana mengandungi nutrien yang baik seperti vitamin B, fosforus, selenium, potasium dan magnesium.  Semak 10 kebaikan yang dimiliki beras perang: Mengurangkan risiko kanser kolon Beras perang mengandungi kadar selenium yang tinggi, dan juga terdapat fenol yang dijumpai di dalamnya sekali gus mengaitkan fungsi beras perang dalam mengurangkan risiko kanser kolon. Tahap fenol dalam beras perang ternyata lebih tinggi dalam berbanding beras biasa. Manakala, kandungan serat yang tinggi mendorong kepada kolon dan sistem penghadaman yang sihat. Mencegah sakit jantung Pengambilan beras perang yang tinggi dalam diet dapat membantu dalam mencegah penyakit kardiovaskular. Ini kerana ia men...