Skip to main content

Kuasa Istimewa Yang Ada Pada Solat Subuh Namun Sayangnya Ramai Melepaskan Keistimewaan Ini


KEMENANGAN pertama seorang Muslim melawan godaan syaitan adalah ketika dia bangkit daripada tidur untuk menunaikan solat subuh, sama ada berjemaah atau bersendirian.

Ini kerana solat subuh adalah ritual agama Islam yang paling kerap ditinggalkan atas pelbagai sebab. Antara yang popular adalah lewat bangkit dari tidur dan memenuhi desakan urusan berkaitan kerjaya.

Namun begitu, bagi Pengasas Institut Bayyinah, Amerika Syarikat, Nouman Ali Khan, solat subuh sebenarnya mempunyai keistimewaan tersendiri.

“Ramai yang tidak menyedari perkara itu walaupun keistimewaan tersebut ada disebut dalam al-Quran,” kata pendakwah warga Amerika Syarikat dalam satu siri ceramahnya yang dipetik daripada laman web LoveAllah328, baru-baru ini.

Ikuti temubual dengan beliau:

Boleh saudara terangkan surah berkenaannya?

Nouman - Ada mesej yang baik tentangnya daripada surah al-Isra’ ayat 78, bermaksud:

“Dirikanlah solat dari sesudah matahari tergelincir sampai gelap malam dan (dirikanlah pula solat) Subuh. Sesungguhnya solat Subuh itu disaksikan (oleh malaikat).”

Dalam surah itu, Allah SWT menyuruh kita mendirikan solat. Tetapi, Allah SWT menyebut secara khusus tentang solat subuh berbanding dengan solat fardu yang lain. Ia seolah-olah menunjukkan sesuatu yang istimewa tentang solat itu.

Apakah keistimewaan itu?

Nouman - Pada akhir ayat tersebut, Allah SWT menyatakan bahawa ia disaksikan (mashood). Jadi, apa yang kita lakukan pada waktu itu iaitu bersolat, baca al-Quran dan lain amalan sunat akan disaksikan.

Persoalannya, siapakah yang menyaksikannya? Sedangkan pada waktu itu, semua orang sedang tidur. Sesiapa yang bersolat pada waktu itu pun, tidak ada orang yang melihatnya.

Siapa yang menyaksikan?

Nouman - Biasanya, mashood itu berlaku pada tengah hari dan tempat popular tetapi masjid bukan tempat popular, lebih-lebih lagi pada waktu solat Subuh.

Tetapi dalam ayat itu, Allah SWT menyatakan “...sesungguhnya solat subuh itu disaksikan (oleh malaikat).” Bermakna, ia bukan disaksikan oleh manusia di sekeliling kita tetapi oleh malaikat yang mencatatkan amalan kebaikan.

Lebih penting lagi oleh Allah SWT yang melihat hamba-Nya datang sujud kepada-Nya. Hamba-Nya itu meninggalkan kenikmatan tidur dan urusan dunia lain. Saya sering kali menasihati diri sendiri supaya menjadikan amalan tidur lebih awal sebagai rutin harian.

Mudahkah amalan tidur lebih awal ?

Nouman - Ia sesuatu yang mudah untuk diucapkan tetapi sukar diamalkan. Kita sering ada banyak urusan dunia yang perlu dilakukan.

Urusan dunia itu menjadi lebih banyak menjelang petang. Ini ditambah pula, waktu itu syaitan cukup aktif menggoda manusia dengan kenikmatan dunia.

Urusan dunia itu menyebabkan kita tidur lambat, maka secara asasnya, solat subuh bukan lagi termasuk dalam senarai urusan penting kita.

Kita mungkin solat subuh tetapi dalam keadaan tidak khusyuk, walaupun kita bangun apabila terdengar azan.

Apa yang perlu dilakukan?

Nouman - Jadikan amalan tidur awal sebagai satu rutin harian. Ini kerana, kita akan mampu bangun lebih awal. Kita juga boleh baca al-Quran sebelum azan subuh. Saya percaya, anda akan dapat manfaat dari sudut kerohanian pada masa itu juga.

Sumber: Utusan
loading...

Comments

Popular posts from this blog

Suami Isteri Wajib Baca!! 5 Hak Isteri Terhadap Duit Suami Yang Perlu Di Penuhi Oleh Lelaki Yang Bergelar Suami

Ramai dikalangan para isteri rasa terinaya dengan sikap suami mereka yang tidak memahami bahawa isteri juga mempunyai hak yang perlu ditunaikan oleh seorang suami kepada isterinya. Ikatan perkahwinan adalah merupakan simpulan tanggungjawab dan amanah besar yang perlu dipikul oleh kedua-dua pasangan, suami dan isteri. Tanggungjawab suami adalah lebih berat daripada tanggungjawab isteri, meskipun ramai yang menganggap isteri lebih banyak beban berbanding suami.  Namun begitu, hakikatnya di alam akhirat nanti suami mempunyai bebanan yang lebih berat lagi untuk dilaksanakan, yang akan disoal oleh Allah SWT. Suami akan dipertanggungjawabkan atas segala yang berlaku ke atas isteri dan keluarganya. Dalam institusi rumahtangga, setiap pasangan suami isteri perlu menyedari bahawa masing-masing mempunyai hak tersendiri. Dalam Islam setiap suami wajib melayani isterinya dengan baik dan setiap isteri juga wajib taat dan melayani suami dengan sebaiknya. Islam adalah agama yang sem...

Masalah Sakit Lutut Dan Sendi? Minum Air Ni Je Sakit Terus Hilang

Sakit lutut membuatkan kita sukar untuk bergerak secara agresif.  Nak duduk pun sakit apatah lagi nak berjalan dalam tempoh yang lama kan. Sebenarnya banyak cara-cara atau kaedah yang boleh dilakukan untuk menghapuskan sakit lutut dan sendi ni. Salah satu cara yang mungkin korang tak tahu adalah dengan minum minuman ini. Jom tengok kat bawah ni: Bahan-bahan: 1 cawan (250ml) air 1 cawan oatmeal segera 2 cawan nenas ketulan 1 cawan jus oren semulajadi mentah Badam 4 oz. (40g) yang dihancurkan Madu mentah 5 oz. (40g) g 7 kulit kayu manis Arahan: – Masak oat – Masukkan oat dimasak dalam pengisar yang – Memerah jus dari nenas dalam mesin pengisar – Menambah jus oren, crushed badam, madu mentah – Sebati segala-galanya – Tambah kiub ais (pilihan) Dalam masa 2 minggu, insyaallah masalah sakit lutut dan sendi korang akan hilang.. Selamat mencuba.. Kredit: THR Gegar loading...

Menakjubkan! Jika Anda Mengalami Masalah Bisul Atau Luka Cuba Petua Ini Memang Berkesan!

BISUL adalah masalah jangkitan biasa dialami setiap orang sama ada kanak-kanak atau orang dewasa. Jangkitan bermula apabila bakteria atau parasit pada kulit merebak ke lapisan dalaman kulit menyebabkan ia kemerahan, bengkak, berisi nanah dan menyakitkan. Jenis bakteria paling biasa menyebabkan bisul pada kulit dikenali sebagai Staphylococcus Aerues. Individu tertentu boleh mengalami masalah bisul atau jangkitan begini akibat diabetes, amino yang terjejas, HIV, tercedera serta imuniti yang rendah terutama pada kanak-kanak dan warga tua. Pakar Perunding Pembedahan Ortopedik, Pusat Perubatan Prince Court, Dr Yong Chee Khuen, berkata biasanya bisul berlaku disebabkan kecederaan atau kemalangan yang tidak dirawat sempurna dengan kadar segera hingga menyebabkan terbentuknya ulser atau keradangan dalam kulit sehingga dijangkiti bakteria. "Perlu diingat, bisul pada kebanyakan bahagian tubuh agak sukar untuk sembuh dengan sendirinya. Kerana itu, sekiranya tanda awal bis...