Mari kita amalkan sunnah Nabi Muhamad S.A.W- memberi salam


Amalan Islam yang paling baik diamalkan..
Rasullah S.A.W bersabda:

" Kamu memberi salam kepada orang dan memberi salam kepada orang yang engkau kenal dan orang yang engkau tidak kenal."



[ direkodkan oleh Bukhari dan Muslim]

Di dalam hadis Rasullah S.A.W yang lain:

" Seorang lelaki datang bertemu Rasullah S.A.W. lalu memberi salam kepada beliau dengan berkata" Assalamualaikum," beliau menjawab salamnya lalu lelaki itu duduk dan beliau berkata : " Sepuluh kebajikan". Kemudian datang pula seorang lelaki yang lain lalu memberi salam kepada beliau dan berkata " Assalamualaikum warahmatullah", beliau menjawab salamnya lali ia duduk, beliau berkata : " Dua puluh kebajikan". Kemudian, datang pula seorang lagi dan ia memberi salam dengan berkata Assalamualaikum warahmatullah wa baraktuh," beliau menjawab salamnya lalu ia duduk dan beliau pun berkata," Tiga puluh kebajikan."
loading...

0 comment... add one now