Skip to main content

Orang Mukmin Akan Berusaha Dan Berdoa Untuk Mendapatkan Lapan Jenis Syafaat Di Hari Akhirat


1. Al-Quran.



Nabi SAW bersabda maksudnya : “Bacalah al Quran , sesungguhnya pada hari kiamat nanti al Quran akan datang sebagai pembawa syafaat kepada yang membacanya” (Hadis Riwayat Muslim)

2. Puasa.

Nabi SAW bersabda maksudnya : “Puasa dan al-Quran akan memberi syafaat kepada seseorang hamba pada hari kiamat.” (Hadis riwayat Imam Ahmad)

3. Malaikat.

Firman Allah SWT maksudnya : “Allah mengetahui segala sesuatu yang dihadapan mereka (malaikat) dan yang di belakang mereka, dan mereka tiada memberi syafaat melainkan kepada orang yang diredhai Allah.” (Surah Al-Anbiya ayat 28)

4. Nabi Muhammad SAW.

4.1. Syafa’at Nabi SAW diperuntukkan bagi kaumnya yg tidak mempersekutukan Allah SWT (Syirik)

Nabi SAW bersabda maksudnya, “Sesungguhnya syafa’atku diperuntukkan bagi umatku yang sama sekali tidak berbuat syirik kepada Allah SWT ” (Hadis Riwayat Ahmad)

Rasulullah SAW bersabda maksudnya : “Orang yang paling berbahagia dengan (mendapatkan) syafaatku pada hari kiamat adalah orang yang mengucapkan (kalimat) Laa ilaaha illallahu (tidak ada sesembahan yang benar kecuali Allah) dengan ikhlas dari hati atau jiwanya.“ (Hadis Riwayat Bukhari).

4. 2. Syafaat Nabi SAW diperuntukkan bagi pelaku dosa besar di kalangan umatnya.

Nabi SAW bersabda maksudnya : “Syafa’atku adalah bagi pelaku-pelaku dosa besar (kabair) dari kalangan umatku.” (Hadis Riwayat Tirmizi)

4. 3. Syafa’at Nabi SAW bagi orang yang meninggalkan perbuatan berbantahan (debat) dan dusta serta orang yang selalu memperbaiki akhlak.

Nabi SAW bersabda maksudnya : “Aku adalah sebagai penjamin yang memberi jaminan bagi seseorang yang memperoleh sebuah rumah di halaman syurga iaitu bagi orang yang meninggalkan perbuatan berbantahan sekalipun berbantahan itu benar, dan juga sebuah rumah di pertengahan syurga bagi orang yang meninggalkan perbuatan dusta sekalipun dengan tujuan bergurau senda, dan juga sebuah rumah di puncak syurga bagi orang yang memperbaiki akhlak dan berbudi mulia.”(Hadis Riwayat Abu Daud).

4. 4. Syafaat Nabi SAW diperuntukkan bagi umatnya yang banyak berselawat kepadanya. Dari Ibn Mas'ud, bahawa Rasulullah SAW bersabda maksudnya : “Orang yang lebih berhak mendapat syafaatku pada hari kiamat ialah orang yang lebih banyak selawatnya kepadaku.” (Hadis riwayat at-Tirmizi)

Sabdanya lagi : “Barangsiapa berselawat kepadaku di sisi kuburku maka aku mendengarnya, barangsiapa berselawat kepadaku dari jauh, maka selawat itu diserahkan oleh seorang malaikat yang menyampaikan kepadaku dan ia dicukupi urusan dunia dan akhiratnya dan aku sebagai saksi dan pembela baginya.” (Hadis Riwayat Al Baihaqi dan Al Khatib).

5. Para Syuhada.

Nabi SAW bersabda maksudnya : “Orang yang mati syahid itu dapat memberikan syafaat kepada 70 orang di kalangan keluarganya.” (Hadis Riwayat Abu Darda)

6. Ulama.

Dari Utsman bin Affan r.a, ia berkata, Rasulullah SAW bersabda, “Di hari kiamat, yang memberi syafaat tiga golongan, iaitu para Nabi, kemudian ulama, kemudian syuhada” (Hadis Riwayat. Ibnu Majah)

7. Para Hafiz Al-Quran.

Nabi SAW bersabda maksudnya : “Barangsiapa membaca Al Quran dan mengamalkannya, menghalalkannya yang halal dan mengharamkan yang haram maka Allah memasukkannya ke dalam syurga dan dia boleh memberi syafaat 10 orang keluarganya yang sudah pasti masuk neraka.” (Hadis Riwayat Tarmizi)

8. Syafaat-syafaat kecil.

8.1. Solehin ialah orang yang soleh, iaitu orang yang taat pada Allah, Nabi Muhammad, agamanya, ibu bapanya, gurunya dan hormati jirannya dan masyarakat sekitar. Termasuk sahabat yang soleh boleh memberi syafaat kepada sahabatnya yang lain.

8.2. Shadiqin ialah orang yang jujur dan benar bagi setiap perkara dalam urusan hidupnya sama ada perniagaan, pemerintahan dan lain-lain lagi.

8.3. Anak yang meninggal dunia sebelum ditaklifkan hanya memberi syafaat kepada ibu bapanya.
loading...

Comments

Popular posts from this blog

Betul Ke Air Cap Badak Berkesan Menyejukkan Badan? Ramai Nak Tahu Kandungannya

Tiada kajian saintifik yang diterbitkan kepada umum berkenaan dengan keberkesanan air Cap Badak. Ia dijual meluas di kedai-kedai runcit sebagai ubat herba tradisional Cina yang berkesan untuk menyejukkan badan. Air Cap Badak berbeza dengan air mineral biasa kerana ia mengandungi herba tradisional yang tertentu untuk melegakan kepanasan. Air Cap Badak bukanlah berasal daripada Badak Sumbu dan tiada langsung kaitan dengan haiwan tersebut tetapi hanyalah sebuah jenama produk. Berada di pasaran sejak tahun 30-an, Air Cap Badak mempunyai pelbagai jenama berdaftar tetapi masih lagi mengekalkan gambar badak pada bungkusan seperti Cap kaki Tiga, Cap Tiga Senapang, Cap Tiga Daun, CoolRhino0₂ dan macam-macam lagi.  Namun demikian, kesemua produk penyejuk badan ini mempunyai persamaan dari segi ubatan yang terkandung di dalamnya iaitu Gypsum Fibrosum dan Calcitum. Ada juga produk mengandungi Gypsum Fibrosum dan Galcareous Spar. Apa kelebihan ubatan tradisional tersebut? ...

Suami Isteri Wajib Baca!! 5 Hak Isteri Terhadap Duit Suami Yang Perlu Di Penuhi Oleh Lelaki Yang Bergelar Suami

Ramai dikalangan para isteri rasa terinaya dengan sikap suami mereka yang tidak memahami bahawa isteri juga mempunyai hak yang perlu ditunaikan oleh seorang suami kepada isterinya. Ikatan perkahwinan adalah merupakan simpulan tanggungjawab dan amanah besar yang perlu dipikul oleh kedua-dua pasangan, suami dan isteri. Tanggungjawab suami adalah lebih berat daripada tanggungjawab isteri, meskipun ramai yang menganggap isteri lebih banyak beban berbanding suami.  Namun begitu, hakikatnya di alam akhirat nanti suami mempunyai bebanan yang lebih berat lagi untuk dilaksanakan, yang akan disoal oleh Allah SWT. Suami akan dipertanggungjawabkan atas segala yang berlaku ke atas isteri dan keluarganya. Dalam institusi rumahtangga, setiap pasangan suami isteri perlu menyedari bahawa masing-masing mempunyai hak tersendiri. Dalam Islam setiap suami wajib melayani isterinya dengan baik dan setiap isteri juga wajib taat dan melayani suami dengan sebaiknya. Islam adalah agama yang sem...

Ketahui 10 Kebaikan Beras Perang Yang Boleh Diamalkan Bukan Untuk Orang Sakit Je..

Beras perang merupakan jenis beras yang kurang diproses dan memiliki nutrisi yang tinggi. Dengan menggantikan beras perang daripada beras biasa, ia mampu memberi manfaat kepada kesihatan dari pelbagai segi. Ia menjadi makanan ruji yang amat baik dan sumber karbohidrat yang sihat kerana mengandungi nutrien yang baik seperti vitamin B, fosforus, selenium, potasium dan magnesium.  Semak 10 kebaikan yang dimiliki beras perang: Mengurangkan risiko kanser kolon Beras perang mengandungi kadar selenium yang tinggi, dan juga terdapat fenol yang dijumpai di dalamnya sekali gus mengaitkan fungsi beras perang dalam mengurangkan risiko kanser kolon. Tahap fenol dalam beras perang ternyata lebih tinggi dalam berbanding beras biasa. Manakala, kandungan serat yang tinggi mendorong kepada kolon dan sistem penghadaman yang sihat. Mencegah sakit jantung Pengambilan beras perang yang tinggi dalam diet dapat membantu dalam mencegah penyakit kardiovaskular. Ini kerana ia men...