Skip to main content

Siapa yang Mewarisi Hutang Jika Orang Mati Meninggalkan Hutang?

Pertanyaan:Assalamualaikum warahmatullah wabarakatuh

Sudah sering dibahas tentang pembahagian waris, dalam hal ini pembahagian harta dari mereka yang telah meninggal dunia. Yang ingin saya tanyakan, bagaimana dengan hutang-hutang mereka yang telah meninggal dunia, siapa yang mewarisinya ? Apakah sama dengan pembahagian harta? Terima kasih

Jawapan:

Assalamualaikum warohmatullahi wabarokatuh
Yang harus diketahui lebih awal ialah baahwa hutang mayat itu bukan untuk diwarisi, akan tetapi hutang mayat itu dilunasi. Ya dilunasi dari harta mayat yang ditinggalkan. Dan itu bahagian dari kewajiban yang harus dilaksakan sebelum pembahagian harta waris.

Jadi sebelum pembahagian harta waris itu dimulai, harta mayat sudah steril dari sangkutan dan kewajiban yang berkaitan dengan harta, salah satunya ialah hutang. Maka, keluarkan dulu hutangnya, barulah mulai pembahagian harta warisan.

يُوصِيكُمُ اللَّهُ فِي أَوْلَادِكُمْ ۖ لِلذَّكَرِ مِثْلُ حَظِّ الْأُنثَيَيْنِ ۚ فَإِن كُنَّ نِسَاءً فَوْقَ اثْنَتَيْنِ فَلَهُنَّ ثُلُثَا مَا تَرَكَ ۖ وَإِن كَانَتْ وَاحِدَةً فَلَهَا النِّصْفُ ۚ وَلِأَبَوَيْهِ لِكُلِّ وَاحِدٍ مِّنْهُمَا السُّدُسُ مِمَّا تَرَكَ إِن كَانَ لَهُ وَلَدٌ ۚ فَإِن لَّمْ يَكُن لَّهُ وَلَدٌ وَوَرِثَهُ أَبَوَاهُ فَلِأُمِّهِ الثُّلُثُ ۚ فَإِن كَانَ لَهُ إِخْوَةٌ فَلِأُمِّهِ السُّدُسُ ۚ مِن بَعْدِ وَصِيَّةٍ يُوصِي بِهَا أَوْ دَيْنٍ …

“Allah mensyari’atkan bagimu tentang (pembahagian pusaka untuk) anak-anakmu. Iaitu: bahagian seorang anak lelaki sama dengan bahagian dua orang anak perempuan, dan jika anak itu semuanya perempuan lebih dari dua, Maka bagi mereka dua pertiga dari harta yang ditinggalkan; jika anak perempuan itu seorang saja, Maka ia memperoleh separo harta. dan untuk dua orang ibu-bapa, bagi masing-masingnya seperenam dari harta yang ditinggalkan, jika yang meninggal itu mempunyai anak; jika orang yang meninggal tidak mempunyai anak dan ia diwarisi oleh ibu-bapanya (saja), Maka ibunya mendapat sepertiga; jika yang meninggal itu mempunyai beberapa saudara, Maka ibunya mendapat seperenam. (pembahagian-pembahagian tersebut di atas) sesudah dipenuhi wasiat yang ia buat atau (dan) sesudah dibayar hutangnya …” (QS. An-Nisa’: 11)

Dalam pembahasan waris di surat An-Nisa’ ayat 11, 12, 13 dan juga 176, di penghujung ayat tersebut, Allah swt selalu mengatakan bahawa pembahagian waris itu setelah wasiat dan hutang dikeluarkan dari harta si mayat.

Jadi memang ada kewajiban mengeluarkan itu dulu sebelum dibagikan waris, sehinggga ketika waris dibahagikan, harta sudah bersih dari semua sangkutan hutang.

Sebelum pembahagian Waris Kewajiban yang harus dikeluarkan dari harta peninggalan mayat sebelum dibahagikannya waris untuk para ahli warisnya ada 3 masalah, iaitu :

Pengurusan Jenazah
Hutang
Wasiat

(1) Pengurusan Jenazah

Ketika seseorang meninggal, yang harus dilakukan oleh ahli waris bukanlah langsung membahagikan harta warisan, akan tetapi ia mengeluarkan dari harta si mayat untuk pengurusan jenazahnya.
Kalaupun nanti ada salah satu anak atau ahli waris yang dengan rela mengeluarkan sebahagian hartanya untuk pengurusan jenazah, itu tidak mengapa. Initinya bahawa pengurusan jenazah itu diambil dari harta mayat sendiri.

(2) Hutang
Tentu yang dibicarakan dalam hal ini adalah hutang yang berkaitan dengan harta si mayat, baik itu hutang kepada Allah swt atau juga hutang kepada manusia.

Hutang kepada Allah swt adalah ibadah yang tertunda dilaksanakan kerana maut mendahuluinya. Misalnya, zakat, atau nadzar sedekah yang belum terlaksana, hutang membayar Kafarat, atau juga fidyah.

Dalam madzhab Al-Syafiiyah, jika si mayat mempunyai tanggungan hutang kepada Allah dan juga kepada manusia, maka yang harus didahulukan adalah hutang kepada Allah dulu. Berbeza dengan kalangan Al-Hanafiyah yang mendahului hutang kepada manusia dibanding hutang kepada Allah swt.

Bagaimana Jika Hutangnya Melebihi Nilai Harta yang Ditinggalkan?Jika hutang si mayat ternyata melebihi nilai harta yang dia tinggalkan, jadi hartanya tidak mencukupi untuk menutupi hutangnya sendiri. Maka para pemberi hutang (piutang) akan mendapatkan bayaran sesuai nilai hutang si mayat kepadanya dari jumlah keseluruhan hutang.

Disebutkan Al-Mausu’ah Al-Fiqhiyyah Al-Kuwaitiyah (3/20), dalam perkara ini; iaitu jika hutang si mayat melebih ulama memberikan solusi seperti itu. Aplikasinya sebagai berikut:

Misalnya si mayat mempunyai hutang kepada 3 orang. Kepada orang A, mayat berhutang sebanyak 500 Juta. Dan kepada orang B, mayat berhutang 250 juta. Lalu kepada si C, mayat berhutang 250 juta juga. Jadi jumlah hutang mayat itu adalah 1 Million, sedangkan mayat hanya meninggalkan harta sebesar 500 juta.

Jika dihitung, dari keseluruhan hutang (1 Million), 500 juta adalah 50% dari 1 Million. Dan 250 juta adalah 25% dari 1 Million. Maka bagi piutang A (pemberi hutang 500 juta) ia mendapatkan 50% dari seluruh harta mayat (500 juta), iaitu 250 Juta.

Dan piutang B serta C (yang memberi hutang 250) ia mendapat masing-masing 25% dari seluruh harta mayat (500 juta), iaitu masing-masing 125 juta.

Dan tentu akan jauh lebih baik, jika ada salah satu dari ahli waris yang memang mempunyai harta berlebihan, untuk melunasi hutang tersebut atau menjaminnya. Dan itu sangat terpuji.

(3) Wasiat
Setelah pengurusan jenazah, hutang, kewajiban selanjutnya yang harus dikeluarkan dari harta mayat yang ditinggalkan ialah wasiat. Dengan syarat bahawa wasiatnya tidak lebih dari 1/3 dari jumlah keseluruhan harta si mayat.

Dalam ayat didahulukan penyebutannya wasiat, kenapa hutang yang didahulukan?

Ya. Walaupun penyebutannya wasiat yang terlebih dahulu, akan tetapi para ulama sudah berijma’ bahawa yang mesti didahulukan adalah hutang. Dengan alasan bahawa Nabi mengerjakan itu, dan bukan wasiat terlebih dahulu.

Diriwayatkan dari sayyidina ‘Ali radhiyallahu ‘anhu:

إِنَّ رَسُول اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَضَى أَنَّ الدَّيْنَ قَبْل الْوَصِيَّةِ

“sesungguhnya Nabi saw memulai (membayarkan) hutang sebelum menunaikan wasiat”.

Adapun penyebutan wasiat yang lebih dahulu dari pada hutang dalam ayat tersebut, tidak bererti keharusan menunaikannya lebih dahulu. Ulama menyebutkan beberapa hikmah penyebutan wasiat yang lebih dulu dari pada hutang, diantaranya ialah:

kerana memang wasiat itu terjadi kerana dorongan qurbah (ibadah) dan bukti iman serta motivasi terjaganya hubungan antara keluarga yang ditinggalkan. Berbeza dengan hutang yang –terkadang- dilakukan oleh mayat kerana sebab kelalaiannya.

Jadi penempatan wasiat lebih dulu dalam ayat kerana wasiat lebih afdal dalam syariah dibanding hutang.

Wallahu a’lam bis-shawab, wassalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh
Sumber : islamidia.com
loading...

Comments

Popular posts from this blog

Betul Ke Air Cap Badak Berkesan Menyejukkan Badan? Ramai Nak Tahu Kandungannya

Tiada kajian saintifik yang diterbitkan kepada umum berkenaan dengan keberkesanan air Cap Badak. Ia dijual meluas di kedai-kedai runcit sebagai ubat herba tradisional Cina yang berkesan untuk menyejukkan badan. Air Cap Badak berbeza dengan air mineral biasa kerana ia mengandungi herba tradisional yang tertentu untuk melegakan kepanasan. Air Cap Badak bukanlah berasal daripada Badak Sumbu dan tiada langsung kaitan dengan haiwan tersebut tetapi hanyalah sebuah jenama produk. Berada di pasaran sejak tahun 30-an, Air Cap Badak mempunyai pelbagai jenama berdaftar tetapi masih lagi mengekalkan gambar badak pada bungkusan seperti Cap kaki Tiga, Cap Tiga Senapang, Cap Tiga Daun, CoolRhino0₂ dan macam-macam lagi.  Namun demikian, kesemua produk penyejuk badan ini mempunyai persamaan dari segi ubatan yang terkandung di dalamnya iaitu Gypsum Fibrosum dan Calcitum. Ada juga produk mengandungi Gypsum Fibrosum dan Galcareous Spar. Apa kelebihan ubatan tradisional tersebut? ...

Suami Isteri Wajib Baca!! 5 Hak Isteri Terhadap Duit Suami Yang Perlu Di Penuhi Oleh Lelaki Yang Bergelar Suami

Ramai dikalangan para isteri rasa terinaya dengan sikap suami mereka yang tidak memahami bahawa isteri juga mempunyai hak yang perlu ditunaikan oleh seorang suami kepada isterinya. Ikatan perkahwinan adalah merupakan simpulan tanggungjawab dan amanah besar yang perlu dipikul oleh kedua-dua pasangan, suami dan isteri. Tanggungjawab suami adalah lebih berat daripada tanggungjawab isteri, meskipun ramai yang menganggap isteri lebih banyak beban berbanding suami.  Namun begitu, hakikatnya di alam akhirat nanti suami mempunyai bebanan yang lebih berat lagi untuk dilaksanakan, yang akan disoal oleh Allah SWT. Suami akan dipertanggungjawabkan atas segala yang berlaku ke atas isteri dan keluarganya. Dalam institusi rumahtangga, setiap pasangan suami isteri perlu menyedari bahawa masing-masing mempunyai hak tersendiri. Dalam Islam setiap suami wajib melayani isterinya dengan baik dan setiap isteri juga wajib taat dan melayani suami dengan sebaiknya. Islam adalah agama yang sem...

Ketahui 10 Kebaikan Beras Perang Yang Boleh Diamalkan Bukan Untuk Orang Sakit Je..

Beras perang merupakan jenis beras yang kurang diproses dan memiliki nutrisi yang tinggi. Dengan menggantikan beras perang daripada beras biasa, ia mampu memberi manfaat kepada kesihatan dari pelbagai segi. Ia menjadi makanan ruji yang amat baik dan sumber karbohidrat yang sihat kerana mengandungi nutrien yang baik seperti vitamin B, fosforus, selenium, potasium dan magnesium.  Semak 10 kebaikan yang dimiliki beras perang: Mengurangkan risiko kanser kolon Beras perang mengandungi kadar selenium yang tinggi, dan juga terdapat fenol yang dijumpai di dalamnya sekali gus mengaitkan fungsi beras perang dalam mengurangkan risiko kanser kolon. Tahap fenol dalam beras perang ternyata lebih tinggi dalam berbanding beras biasa. Manakala, kandungan serat yang tinggi mendorong kepada kolon dan sistem penghadaman yang sihat. Mencegah sakit jantung Pengambilan beras perang yang tinggi dalam diet dapat membantu dalam mencegah penyakit kardiovaskular. Ini kerana ia men...