Skip to main content

Posts

Kerana Sebatang Jari lelaki Ini Jadi Terkenal

Kung fu Huo En Hu menunjukkan kemahiran yang luar biasa di hadapan orang ramai. Kemahiran ini menjadi dia popular dan di iktiraf Guinness World Records ... lihat jarinya ..... issss ..... memang hebat!            

Budak 5 Tahun Terpaksa Mendaki Setiap Hari Untuk Kesekolah

 Jika anda adalah seseorang yang sering kali mengeluh kerana setiap hari terpaksa pergi ke sekolah, maka sebaiknya anda lihat gambar-gambar ini. Untuk membolehkan sampai ke sekolah, seorang kanak-kanak di China yang berusia lima tahun ini harus memanjat tebing ketika hendak kesekolah mahupun pulang. Ada seratus jiwa yang terpencil di tempat itu dan kerajaan tempatan tidak memberikan bantuan untuk menyelesaikan masalah ini sehingga mereka harus berjuang sendiri.

5 iklan terbaik Tahun Baru Cina 2015

Sambutan perayaan pastinya tidak lengkap sekiranya tidak menonton iklan-iklan yang sarat dengan pelbagai mesej di kaca televisyen ataupun menerusi YouTube di peranti mudah alih anda. Dengan pelbagai tema dan jalan cerita, syarikat-syarikat tempatan menampilkan iklan-iklan yang begitu menarik sempena sambutan  Tahun Baru Cina  tahun ini. Ada yang lucu, ada yang menyayat hati dan ada juga mempunyai mesej yang penting ingin disampaikan.   NOMBOR 5: IKLAN PETRONAS ‘#COMINGHOME ’ Petronas menayang semula iklannya yang pernah disiarkan pada tahun 2012 yang bertajuk #ComingHome. Menurut jurucakapnya Norliza Kamaruddin, ia merupakan versi lengkap iklan tersebut bagi mengingatkan masyarakat mengenai erti menghargai dan menjadi rakyat Malaysia. NOMBOR 4: IKLAN RED ONE NETWORK ‘CHINESE NEW YEAR 2015’ Iklan tersebut pendek namun memberi impak yang sangat mendalam. Ia mengisahkan tentang pengertian sambutan  Tahun Baru Cina   buat seorang ...

Azizulhasni raih gangsa Kejohanan Trek Dunia

PELUMBA berbasikal trek negara, Mohd Azizulhasni Awang meraih pingat gangsa acara keirin kategori lelaki elit pada Kejohanan Berbasikal Trek Dunia UCI 2015 di Velodrom Saint-Quentin-en-Yvelines, Perancis pada Khamis. Pelumba berusia 27 tahun itu menerima saingan sengit daripada penyandang juara, Francois Pervis dari Perancis dan Edward Dawkins dari New Zealand, ketika menuju ke garisan penamat. Acara itu dimenangi Pervis dan pingat perak menjadi milik Dawkins. Pada peringkat kelayakan, Mohd Azizulhasni memenangi pusingan ketiga untuk melayakkan diri ke peringkat separuh akhir. Walaupun menamatkan saingan di tempat ketiga dalam saingan kedua peringkat separuh akhir di belakang Dawkins dan Pervis, Mohd Azizulhasni berjaya merealisasikan impiannya untuk beraksi di peringkat akhir. Bagaimanapun, nasib tidak menyebelahi seorang lagi pelumba negara, Josiah Ng selepas gagal menempatkan diri dalam kelompok terbaik peringkat kelayakan dan pusingan ‘repechage’. Secara keselu...

[Video] Ikan Hidup Sepanjang 125cm Dikeluarkan Dari Perut Pesakit

Peristiwa cukup mengerikan dialami oleh seorang lelaki asal Londrina, Brazil. Lelaki ini yang mengadu mengalami sakit perut yang teramat sangat terpaksa di kejarkan ke bilik pembedahan. Doktor menemui objek yang bergerak kelihatan seperti ikan dari scan x-ray mengambil keputusan untuk membedah pesakit tersebut kerana ianya boleh membahayakan pesakit. Ikan yang masih hidup itu ditemui di dalam usus pesakit dan masih lagi hidup. Yang lebih gila, ikan tersebut berbentuk seperti belut dan panjangnya sekitar 125 cm! Dalam sebuah video yang viral di youtube, kelihatan lelaki tersebut sedang menjalani pembedahan untuk mengeluarkan ikan yang diketahui berasal dari Amerika Selatan tersebut dari ususnya. Doktor tersebut terperanjat kerana ikan belut sepanjang 125 cm yang bersembunyi di perut lelaki tersebut masih hidup. Screenshot menunjukkan "objek bergerak" yang mendiami usus pesakit lelaki tersebut. N amun sayangnya, mangsa tak mahu memberikan penjelasan bagaimana ...

Keluarga Tuan Guru Nik Aziz Rayu Orang Ramai Pulangkan Barang Pengebumian

Keluarga mantan Menteri Besar Kelantan, Allahyarham Datuk Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat merayu kepada orang ramai yang telah ternampak atau terambil barang-bara#ng semasa pengebumian hari itu supaya memulangkan semula barang-barang tersebut. Barang-barang yang dimaksudkan adalah selimut putih, kain hitam penutup keranda, toto (tilam nipis) merah kuning dan bantal. Rayuan ini di sampaikan melaui akaun Facebook oleh anak perempuan Allahyarham, Nik Asma’ Salsabila Nik Aziz. Menurutnya barang-barang tersebut adalah kepunyaan ayahnya maka ia adalah satu pusaka dari dari Tok Guru. “Kami semua setuju ianya adalah bahagian bonda kami, orang yang paling dicintai ayahanda selepas kedua ibu bapanya. “Setiap masa bonda bertanya jika barang-barang tersebut sudah dijumpai. “Sekiranya ada yang ambil untuk kenangan atau mahu berkat Tok Guru, ketahuilah bahawa tidak ada keberkatan pada barang yang diambil tanpa keizinan tuan empunya. Mohon dipulangkan,” kata Nik Asma.

Kucing Kacukan Berwajah Serigala Jadian

Lykoi merupakan hasil mutasi genetik dari kucing tempatan bulu pendek kelihatan mirip manusia serigala (WEREWOLF) dalam kisah fiksyen. Lykoi merupakan bahasa Yunani yang bermaksud serigala yang dianggap mirip kucing ini kerana tidak mempunyai bulu di sekitar mata, hidung dan telinga. Tidak hanya itu, watak Lykoi juga mirip anjing.   "Mereka suka memburu apapun yang boleh ditemui di sekitar rumah,". "Mereka waspada dengan orang asing namun dengan cepat menjadi ramah."  Lykoi dikacukkan oleh tiga orang iaitu suami isteri Gobble dan Patti Thomas. Mereka mengaku hanya menggunakan cara mudah dengan proses semulajadi pada gen. "Gen ini hasil mutasi semula jadi yang ada pada kucing tempatan," ucap Johnny Gobble. Kini Lykoi sedang diteliti oleh Universiti Tennessee untuk memastikan kesihatannya. Para penyelidik hairan dengan pola bulunya kerana ternyata tidak ditemui kelainan kulit mahupun gen Sphinx (jenis kucing tanpa bulu). Namun berkemungkinan...