Skip to main content

Posts

Perasan Atau Tidak Selama Ini Ibu Kita Pembohong Besar!

Seorang ibu dalam hidupnya selalu melakukan pembohongan kepada kita. Kenapa mereka tergamak membohongi anak-anaknya? Ketika makan, jika makanan kurang, ibu akan memberikan makanan itu kepada anaknya dan berkata, “Cepatlah makan, ibu tidak lapar.” Ketika makan, ibu selalu menyisihkan ikan dan daging untuk anaknya dan berkata, “Ibu tidak suka daging, makanlah nak..” Ketika malam saat dia sedang menjaga anaknya yang sakit, ibu akan berkata, “Tidurlah nak, ibu masih belum mengantuk..” Ketika anak sudah tamat sekolah, bekerja, mengirimkan wang untuk ibu. Dia berkata, “Simpanlah untuk keperluanmu nak, ibu masih mempunyai wang.” Ketika anak sudah berjaya dan menjemput ibunya untuk tinggal di rumah besar, dia lantas berkata, “Rumah tua kita sangat nyaman, ibu tidak biasa tinggal di sana.” Saat menjelang tua, ibu sakit, anaknya akan menangis, tetapi ibu masih mampu tersenyum sambil berkata, “Jangan menangis, ibu tidak apa-apa.” Sedarilah, ini adalah 'p...

Kisah Benar Tauke Briyani Yang Banyak Memberi Tapi Tak Miskin-Miskin. Rupa-Rupanya Ini Sebabnya...

Semalam saya pulang dari Melaka ke Kuala Lumpur semula. Dua hari berada di sana untuk memberi sebuah kursus fotografi professional anjuran akademi yang saya asaskan. Selepas saya memuatnaik sebuah foto dari bilik hotel yang menampakkan pemandangan indah Melaka sehingga nampak ke Kota Melaka sekali, saya disapa oleh ramai di dalam facebook wall. Namun tak semua yang benar-benar serius. Saya anggap semua itu pelawaan selamat datang sahaja di wall saya. Namun ada seorang individu ini beliau PM saya, dan mengajak saya dan keluarga makan di restoran tandoori yang terbaik pada beliau di negeri Melaka. Saya terpaksa menolaknya kerana ada urusan yang padat. Beliau memahami program saya dan kemudian bertindak untuk menghantar makanan ke hotel saya. Dalam hati saya, orang ini memang serius. Beliau bersama anak dan isterinya berjumpa saya pada hari pertama dengan bungkusan tandoori. Pertemuan singkat kerana saya terpaksa hadir urusan yang telah dijadualkan. Alhamdulillah, esoknya beliau m...

10 Kebaikan Puasa Hari Isnin Dan Hari Khamis Yang Ramai Orang Tidak Tahu. Sila Sebarkan...

Siapa yang melakukannya akan mendapat pahala, sementara yang tidak melakukannya tidak mendapat dosa. Namun, ibadah sunat tentu sangat bermanfaat bagi anda baik secara langsung maupun tidak. Salah satu contohnya, yaitu ibadah sunah puasa Isnin Khamis. Manfaat puasa Isnin Khamis sangat besar, dilihat dari segi kesihatan tubuh maupun mental dan spiritual yang dialami oleh pelakukanya. Oleh kerana itu, mereka yang suka puasa Isnin Khamis dapat memaksimumkan serta mengimbangi antara tiga kecerdasan, iaitu kecerdasan intelektual (IQ), kecerdasan emosi (EQ), dan kecerdasan spiritual (SQ). Manfaat puasa Isnin Khamis memang sangat banyak dan membantu kehidupan manusia dalam bekerja sehari-hari. Dalam agama yang lain pun selain Islam, umatnya juga dianjurkan dan diperintahkan untuk berpuasa, walaupun tata caranya berbeza. Berikut akan disampaikan beberapa manfaat puasa Isnin Khamis yang boleh anda pelajari. 1. Pemulihan sel-sel kulit Sel-sel kulit manusia yang telah mati p...

Petua Orang Lama Untuk Menghapuskan Bekas Jerawat Di Pipi. Sangat Mudah Dan Berkesan!

Kesan jerawat adalah salah satu benda yang kita anggap amat menjengkelkan atau memalukan. Untuk menghilangkan atau menghapuskan kesan jerawat dari muka. sila cuba petua dibawah... Bahan-bahan yang perlu anda sediakan : Timun Lidah Buaya/Alor Vera Daun Senuduk Sireh Isi Cekur Asam Jawa Kulit kayu manis Madu Air Bedak sejuk Cara cara untuk melakukan : 1.Sagatkan timun, tapis airnya, isi hampasnya didalam bekas. 2.Blend/ giling lidah buaya, daun senuduk, sireh, isi cekur, asam jawa, kulit kayu manis, madu dan air. Kemudian campuran ini kedalam bekas yang berisi timun tadi. gaulkan sehingga rata 3.Pastikan ramuan ini seperti masker dan tidak terlalu cair. Jika cair, sila tambahkan madu serta lendir dari lidah buaya. Boleh ditambah bedak sejuk. Sapukan pada parut yang terdapat kesan jerawat (nak sapu satu muka pun boleh).  Biarkan ramuan tersebut kering dan kemudian bolehlah dicuci. Amalkan sehingga parut jerawat hilang Jika terb...

Elak Simpan Duit Tunai Yang Banyak Dalam Dompet Anda, Ini Sebabnya…

Emosi adalah salah satu pengaruh besar yang menjadi punca utama menggagalkan kita mengurus kewangan dengan baik. Kebocoran wang adalah masalah kritikal dalam pengurusan kewangan rakyat Malaysia. Di mana kita tidak sedar duit kita pergi ke mana setiap bulan. Menariknya, kita sendiri yang merancang untuk membocorkan wang itu tanpa sedar. Situasi ini biasa dihadapi bila tiba hujung bulan. Manusia yang mengalami masalah kebocoran wang adalah mereka yang gagal mengenal pasti keperluan dan kehendak dalam kehidupan seharian. Kebanyakan masa, kita anggap kehendak itu satu keperluan. Tindakan membeli sesuatu mengikut kehendak biasanya akan merugikan diri kita. Ini punca kebocoran wang yang paling ketara dan selalu berlaku. Cuba lihat dan kaji cara orang dulu-dulu buat duit : Mereka tidak gemar simpan duit kertas. Mereka menyimpan kekayaan dalam bentuk harta sebenar seperti tanah kebun, emas, rumah, dan sebagainya. Jadi, eloklah kita letak matlamat untuk mengu...

Hilang Semua Kotoran Degil Dan Daki Pada Kulit Kepala Dengan Petua Ini. Guna Kulit Tembikai Je..!!

Kebersihan diri memang penting dijaga selalu agar penampilan kita tidak menganggu orang sekeliling. Bayangkan, jika badan berbau, rambut pula kusut masai dan pakaian berbau masam, siapa yang tahan berurusan dengan kita. Penampilan diri boleh dipertingkatkan dengan pelbagai cara, ada yang guna cara tradisional dan ada yang suka jalan mudah iaitu gunakan pewangi dan sebagainya. Bagi mereka yang banyak melakukan kerja luar atau memandu motorsikal sering mengalami masalah kulit kepala kering dan berdaki disebabkan cuaca dan habuk. Apabila berpeluh menyebabkan rambut berbau nak pula bila pakai helmet. Jadi kami ingin kongsikan satu petua tradisional mudah untuk menjaga kulit kepala tanpa perlu membeli syampo dan perapi rambut yang mahal. Anda boleh gunakan kulit tembikai untuk bersihkan kotoran pada kulit kepala.  Cara bersihkan kotoran terutamanya pada kulit kepala sangat mudah dan ringkas caranya. Ambil bahagian dalam kulit tembikai (yang berwarna putih),...

"Boleh saya minta buku rekod kanak-kanak?" Tidak Ambil Vaksin Tidak Boleh Masuk Taska

Artikel ini adalah hasil nukilan Tuan  Mohd Syamirulah Rahim Kami menyokong mana-mana taska mewajibkan pengambilan vaksin sebelum dibenarkan masuk. Beberapa minggu lepas, ketika saya bertugas di klinik, saya menerima sepasang ibubapa kepada dua orang anak. Seorang adalah bayi berusia 3 bulan, manakala abangnya adalah kanak-kanak berusia dua tahun.  Ibubapa tersebut datang untuk mendapatkan pengesahan pegawai perubatan, bahawa anak mereka divaksin. Pengesahan tersebut diperlukan untuk mereka mendaftarkan anak-anak mereka ke sebuah taska berhampiran.  "Start tahun ini je doktor, kena isi borang ini. Tahun lepas masa daftar abang sulung ni, tak ada pun!" sang ibu menjelaskan.  Saya hanya tersenyum kerana saya tahu, taska tersebut pernah terlibat dalam sebuah kes penyebaran measles pada tahun lalu. Kita pernah melakukan siasatan dan kita dapati ada seorang pelajar taska, ibunya antivaks, pelajar tersebut mendapat measles, dan menjangkit...