Terdapat doa yang selalu diamalkan Nabi Muhammad Saw pada pagi hari iaitu yang terdapat dalam Musnad Imam Ahmad dan Sunan Ibnu Majah dari hadis Ummu Salamah R.ha, bahawa Rasulullah Saw ketika selesai salam dalam solat subuh beliau membaca; اَللَّهُمَّ إِنِّيْ أَسْأَلُكَ عِلْمًا نَافِعًا، وَرِزْقًا طَيِّبًا، وَعَمَلاً مُتَقَبَّلاً Allaahumma inniy as-aluka ‘ilman naafi’an warizqon thoyyiban wa’amalan mutaqobbalan “Yaa Allah, sesungguhnya aku memohon kepada-Mu ilmu yang bermanfaat, rezeki yang halal dan baik serta amalan yang diterima oleh-Mu.” {Musnad Imam Ahmad,6/322. Sunan Ibnu Majah,no.925. Dan shohih Ibnu Majah,no.753.} Siapa yang merenungkan doa yang agung ini, nescaya dia tahu bahawa mengamalkannya pada waktu tersebut sangat tepat, kerana pagi merupakan permulaan hari, dan bagi seorang muslim, tidak ada obsesi apapun pada hari itu selain merealisasikan tujuan-tujuan mulia tersebut. Iaitu ILMU YANG BERMANFAAT, REZEKI YANG BAIK, dan AMAL YANG SELALU DITERIMA...
Rakan Sebaran Informasi Terkini