Soalan: Apakah hukum bersiwak bagi orang yang berpuasa, terutamanya bersiwak dengan menggunakan ubat gigi ? Jawapan: Siwak sebelum tergelincir matahari adalah sunat sepertimana biasa, adapun selepas tergelincir matahari para fuqaha telah berbeza pendapat, sebahagian memakruhkan orang yang berpuasa bersiwak selepas tergelincir matahari. Hujah mereka kerana Nabi saw telah bersabda : (maksudnya) : "Demi diriku yang berada dalam genggamannya, sesungguhnya bau mulut orang yang berpuasa itu lebih baik di sisi Allah berbanding bau kasturi." (H.R. al-Bukhari) Maka ulama yang memakruhkan berpendapat bau yang lebih baik dari kasturi itu tidak wajar dihilangkan atau makruh dihilangkannya oleh seorang muslim (dengan bersiwak), kerana bau itu disukai di sisi Allah (swt), maka hendaklah orang yang berpuasa mengekalkannya dan jangan menghilangkannya. Ini sepertimana darah... (iaitu) darah orang yang mati syahid, sepertimana sabda Nabi saw kepada para syuhada': "Sel...
Rakan Sebaran Informasi Terkini