KISAH ini terdapat dalam kitab-kitab tafsir dan ia menjelaskan maksud di sebalik ayat 16 dalam Surah Al-Hasyr. Dalam kitab Talbis Iblis (Belitan Iblis) karangan Ibnu Jauzi (wafat 597H), diriwayatkan bahawa Wahab ibn Munabbih berkata: Ada seorang lelaki Bani Israel yang paling kuat beribadah pada zamannya. Ketika itu juga terdapat seorang wanita bersama tiga adik-beradik lelakinya. Satu hari, tiga beradik itu terpaksa bermusafir jauh untuk menyertai peperangan. Mereka berbincang bagaimanakah keadaan saudara perempuan mereka, siapa yang akan menjaga dan membantu sepanjang ketiadaan mereka. Akhirnya mereka bertiga bersetuju untuk menyerahkan tanggungjawab itu kepada lelaki abid itu kerana mempercayainya. Apabila ditawarkan, lelaki abid itu menolak sekeras-kerasnya. Tiga beradik itu terus memujuk sehingga akhirnya lelaki abid itu pun bersetuju. “Tinggalkan saudara perempuanmu itu berhampiran dengan tempat ibadahku,” arah lelaki abid itu kepada tiga beradik. ...
Rakan Sebaran Informasi Terkini