Skip to main content

Posts

Mengaku Miskin, Tapi Aktif Di Media Sosial?

Menyebut tentang istilah "miskin", ramai yang tidak tahu tentang pengertian sebenar istilah berkenaan dan hanya setakat menyebut saja tanpa memahami. Mendengar dan terpengaruh pada cakap-cakap orang, mungkin ada yang menganggap dirinya "miskin". Ada yang mengaku "miskin" di laman sosial. Namun "miskin" bagi individu itu, dia masih mampu memiliki telefon pintar dan membeli data internet untuk aktif di media sosial. Ada yang mengaku "miskin", tapi di rumahnya ada piring Astro dan televisyen LED bersaiz 40 inci. Malah ada orang yang mengaku "miskin", tapi selamba membeli pakej sukan dari stesen televisyen berbayar itu. Ada yang mengaku "miskin", tapi laman sosialnya sering dimuat naik dengan aktiviti percutian, menginap di hotel, makan besar di restoran dan tidak malu untuk 'tag' rakan-rakan menghebohkan diri berlibur bersama keluarga. Miskinkah seseorang yang mampu membeli telefon pintar, ...

Kuasa Istimewa Yang Ada Pada Solat Subuh Namun Sayangnya Ramai Melepaskan Keistimewaan Ini

KEMENANGAN pertama seorang Muslim melawan godaan syaitan adalah ketika dia bangkit daripada tidur untuk menunaikan solat subuh, sama ada berjemaah atau bersendirian. Ini kerana solat subuh adalah ritual agama Islam yang paling kerap ditinggalkan atas pelbagai sebab. Antara yang popular adalah lewat bangkit dari tidur dan memenuhi desakan urusan berkaitan kerjaya. Namun begitu, bagi Pengasas Institut Bayyinah, Amerika Syarikat, Nouman Ali Khan, solat subuh sebenarnya mempunyai keistimewaan tersendiri. “Ramai yang tidak menyedari perkara itu walaupun keistimewaan tersebut ada disebut dalam al-Quran,” kata pendakwah warga Amerika Syarikat dalam satu siri ceramahnya yang dipetik daripada laman web LoveAllah328, baru-baru ini. Ikuti temubual dengan beliau: Boleh saudara terangkan surah berkenaannya? Nouman  - Ada mesej yang baik tentangnya daripada surah al-Isra’ ayat 78, bermaksud: “Dirikanlah solat dari sesudah matahari tergelincir sampai gelap mala...

ADAKAH SHAHIH MALAIKAT RAHMAT TIDAK MASUK KE RUMAH YANG ADA GAMBAR BERNYAWA.

حَدَّثَنَا   يَحْيَى   بْنُ   سُلَيْمَانَ   قَالَ   حَدَّثَنِي   ابْنُ   وَهْبٍ   قَالَ   حَدَّثَنِي   عُمَرُ   هُوَ   ابْنُ   مُحَمَّدٍ   عَنْ   سَالِمٍ   عَنْ   أَبِيهِ   قَالَ وَعَدَ   النَّبِيَّ   صَلَّى   اللَّهُ   عَلَيْهِ   وَسَلَّمَ   جِبْرِيلُ   فَرَاثَ   عَلَيْهِ   حَتَّى   اشْتَدَّ   عَلَى   النَّبِيِّ   صَلَّى   اللَّهُ   عَلَيْهِ   وَسَلَّمَ   فَخَرَجَ   النَّبِيُّ   صَلَّى   اللَّهُ   عَلَيْهِ   وَسَلَّمَ   فَلَقِيَهُ   فَشَكَا   إِلَيْهِ مَا   وَجَدَ   فَقَالَ   لَهُ   إِنَّا   لَا   نَدْخُلُ   بَيْتًا   فِيهِ   صُورَةٌ   وَلَا   كَلْبٌ Telah menceritakan kepada kami Yahya bin Sulaiman dia berkata; telah menceritakan kepadaku Ibnu Wahb dia berkata; telah menceritakan kepadaku Umar yaitu Ibnu Muhamm...

Orang Mukmin Akan Berusaha Dan Berdoa Untuk Mendapatkan Lapan Jenis Syafaat Di Hari Akhirat

1. Al-Quran. Nabi SAW bersabda maksudnya : “Bacalah al Quran , sesungguhnya pada hari kiamat nanti al Quran akan datang sebagai pembawa syafaat kepada yang membacanya” (Hadis Riwayat Muslim) 2. Puasa. Nabi SAW bersabda maksudnya : “Puasa dan al-Quran akan memberi syafaat kepada seseorang hamba pada hari kiamat.” (Hadis riwayat Imam Ahmad) 3. Malaikat. Firman Allah SWT maksudnya : “Allah mengetahui segala sesuatu yang dihadapan mereka (malaikat) dan yang di belakang mereka, dan mereka tiada memberi syafaat melainkan kepada orang yang diredhai Allah.” (Surah Al-Anbiya ayat 28) 4. Nabi Muhammad SAW. 4.1. Syafa’at Nabi SAW diperuntukkan bagi kaumnya yg tidak mempersekutukan Allah SWT (Syirik) Nabi SAW bersabda maksudnya, “Sesungguhnya syafa’atku diperuntukkan bagi umatku yang sama sekali tidak berbuat syirik kepada Allah SWT ” (Hadis Riwayat Ahmad) Rasulullah SAW bersabda maksudnya : “Orang yang paling berbahagia dengan (mendapatkan) syafaatku...

CARA ‘MEMAGAR’ BANGUNAN & KAWASAN (Kaedah Ikhtiar Muslim)

‘MEMAGAR’ RUMAH (BAHAGIAN DALAM) 1. BIASANYA dilakukan pada waktu malam. 2. Mulakan dengan azan/ iqamah di tengah rumah. Cukup dengan suara perlahan. 3. Seorang duduk di tengah rumah, baca surah Al-Baqarah. Bacaan diteruskan sehinggalah tamat proses ‘memagar’. Tak perlu dihabiskan keseluruhan surah Al-Baqarah, tapi jika dapat diteruskan hingga habis lebih baik. 4. Seorang lagi berperanan sebagai tukang renjis. Berdiri di tepi mana-mana dinding dengan bahu kanan menghala ke dinding. BIASANYA dimulakan dengan dinding kanan rumah (Berdiri di dalam rumah menghadap pintu utama rumah, tengok sebelah kanan. Dinding itulah yang dimaksudkan). Jarak di antara dinding dengan perenjis lebih kurang 2-3 kaki. 5. Perenjis berjalan perlahan-lahan ke arah hadapan (dengan bahu kanan menghala ke dinding) ke setiap dinding. Sampai ke pintu-pintu bilik, masuk ke dalam bilik, lalu kesemua dinding dan keluar. Terus berjalan sehinggalah sampai ke tempat mula. 6. Cara merenjis – Paling mu...

Jom Amalkan! Dengan Sentiasa Menjaga Wuduk Insya Allah Mampu Menangkis Ilmu Pukau

Nampaknya kejadian pukau semakin menjadi-jadi dikalangan masyarakat di Malaysia. Namun, masih ramai dikalangan kita sendiri tidak memahami bagaimana pukau boleh terjadi malah ada juga golongan yang tidak mempercayainya. “Cara paling mudah seseorang itu mengelakkan diri daripada terkena ilmu pukau ialah dengan sentiasa berada dalam keadaan berwuduk supaya jin dan syaitan tidak dapat menguasai diri kita. “Latihan seperti itu perlu diamalkan supaya niat jahat seseorang itu tidak berjaya kerana hanya wuduk mampu mematahkan semua niat jahat ingin diperlakukan kepada kita,” kata Pengasas Pusat Rawatan Terapi al-Quran Darul Hikmah, Abdul Malek Abdul Ladzim Al Azhari. Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas laporan muka depan Harian Metro mengenai seorang pesara yang kerugian RM50,000 selepas dipukau seorang lelaki berperwatakan alim dengan hanya menepuk bahu. Lelaki berkenaan mampu membuatkan mangsanya secara tanpa disedari menyerahkan geran tanah, wang tunai serta barangan kem...

Isteri Tiada Sesiapa Lagi Setelah Berkahwin Dengan Suami

Setuju dengan apa yang ustaz Ebit Lew katakan. Isteri dah banyak kali ‘mati’ untuk kita (suami). Secara zahirnya mereka sedang melahirkan anak untuk kita, tetapi hakikatnya mereka ‘sedang mati’ untuk kita. Saya selalu pesan kepada adik dan kawan-kawan lelaki. Hargai isteri walau apa pun terjadi. Jangan kerana sedikit kelemahan mereka, kita melihat kelebihan yang ada pada perempuan lain. Kadang-kadang belum tentu perempuan lain dapat bahagiakan kita sebagaimana isteri kita lakukan sekarang. Mereka tiada sesiapa lagi setelah berkahwin dengan kita. Segala suka duka semuanya diharungi bersama kita. Ada mak ayah menangis setelah anak sah menjadi isteri orang. Mereka gembira dalam masa yang sama, mereka risau dan harap agar kita jaga anak mereka dengan baik. Tiba-tiba hari ini, kita dengar suami pukul isteri, curang dengan isteri. Mula tidak sayang isteri, mula ada perempuan lain. Kenapa ada lagi lelaki sanggup ceraikan isteri dan tinggalkan mereka sebatang kara bersama anak-a...